PDRM 'sebabkan' kematian Bill Kayong? :PKR


Pihak Polis seolah-olah menyembunyikan semua laporan-laporan ugutan sebelum ini sehingga menyebabkan Bill Kayong ditembak mati, kata YB See Chee How semalam.

Memetik laporan Borneo Post, wakil rakyat PKR Sarawak itu seolah-olah mahu umum mengetahui bahawa PDRM sudah tahu siapa dalang sebenar tetapi menyembunyikannya dengan memberi alasan bahawa PDRM tiada hak untuk mendedahkan motif pembunuhan sehingga kes disebut di mahkamah.



"Jika polis bertindak awal, kes ini tidak akan berlaku", kata ADUN Batu Lintang itu.

Kenyataan YB See sebagai seorang peguam itu sudah pastinya mahu rakyat bangkit marah dengan kelalaian polis dalam menangani kes tersebut.

Walaupun secara bersahaja, YB See mungkin berjaya menyembunyikan ayatnya berbentuk tuduhan secara tidak langsung terhadap PDRM dalam komen beliau semalam. Namun kenyataan tersebut boleh mengundang persepsi negatif serta mengganggu prosedur siasatan pihak polis.

Dalam masa yang sama, PKR mahu rakyat bangkit menentang serta membela kematian Bill Kayong dengan berusaha menyalahkan PDRM ataupun mengaitkan kes ini dengan politik.

Lebih teruk, sentimen perkauman muncul dengan kenyataan dari beberapa NGO sehinggakan mendatangkan komen berbentuk ancaman pertumpahan darah dari pembaca media sosial.

Ada andaian dari beberapa pihak menyatakan bahawa Bill Kayong ditembak mati akibat dari usaha beraninya tampil memperjuang hak tanah NCR orang kampung.

Namun jika dinilai, PKR harus bertanggungjawab dalam hal ini kerana tidak menasihati Bill Kayong untuk tampil secara terang-terangan dalam memperjuang isu berkenaan. Sebaliknya PKR Sarawak berbangga dengan penampilan itu hanya untuk tujuan mendapatkan gelaran sebagai seorang 'hero'.

Risiko disitu amat jelas, sesiapa tampil akan menjadi sasaran. Situasi sebegini seolah-olah PKR sendiri menjadikan Bill sebagai 'kambing hitam'.

Apabila terjadi kes tembak, PKR pula tampil menyalahkan PDRM.

Satu percaturan yang lebih kurang sama dengan beberapa kes sebelum ini dimana pihak pembangkang sengaja menimbulkan isu yang mereka sudah tahu risikonya, namun membiarkan perkara itu terjadi untuk tujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pihak kerajaan.

Jika diteliti secara mendalam, sebenarnya PKR amat kejam dalam hal ini; membiarkan Bill bertindak sebagai 'hero' tanpa menasihati risiko-risiko yang bakal dihadapi.

PKR sekarang meneruskan 'permainan' ini dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Ketua Peguam, Apandi Ali perlu dipanggil menyelesaikan kes ini atas alasan ini adalah kes profil tinggi yang melibatkan ahli politik.

Seperti sudah kehabisan modal berkempen, PKR mahu menyamakan kes ini seperti kes-kes profil tinggi di Malaya walhal Bill cuma seorang bekas calon yang kalah pada PRN Sarawak yang lepas.

PKR sebagai parti politik seharusnya tampil sebagai penasihat untuk kes-kes tersebut dan bukan sebagai seseorang yang mengetuai kumpulan tertentu.

Itulah hakikat sebenar undang-undang politik atau garis panduan tindakan seseorang dalam parti.

Akan tetapi, undang-undang tersebut tidak dipatuhi, sebaliknya setelah berlaku kematian, barulah PKR muncul dengan pelbagai hujah perundangan dengan menuding jari ke arah PDRM mahupun parti lawan.

Adalah sewajarnya YB See menarik semula kenyataan beliau semalam kerana ia boleh dikategorikan sebagai usaha memburuk-burukkan PDRM dan tindakan beliau itu adalah satu usaha menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan.

ATAU

Seseorang harus tampil membuat laporan polis terhadap YB ini kerana kata-katanya mendahului keputusan mahkamah sebelum apa-apa perbicaraan dimulakan dengan menghina PDRM. -Sarawak Today
PDRM 'sebabkan' kematian Bill Kayong? :PKR PDRM 'sebabkan' kematian Bill Kayong? :PKR Reviewed by Sarawak Today on 1:26 pm Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.